Saturday 2 May 2015

3 Amanah 2014

Assalammualaikum and hye . hari nih aku nak bukak story pasal kawan-kawan aku masa 3 amanah 2014 . coz banyak sangat kenangan bersama diorang . yer laa 3 tahun satu kelas alih-alih naik form 4 semua terpisah . ada yang pindah vokasional, ada yang turun kelas , ada yang naik kelas . hermm. aku ? alhamdulillah naik kelas . upgrade uolls . cehhh ! now let's go bebehh !

BERMULA LAH KENANGAN TERINDAH :

# time dah habis PT3 ! Merdeka uolls ! haha

#Aliff, Nuruddin, Nazreen, SyafiqAizuddin, Syazwan, Zulhelmi, Mierul, Hakim, SyafiqSeth, Afiq, Hariz, Shahizam, Zaid, Shahmin, Nasaruddin, Sahrul,
#Nabilah, Aini, Wahida, Atikah, Syafiqah, Najwa, Ain, Ely, Biah, Aliah, Umairah, Dalila, Ika



segelintir pelajar lelaki dan pelajar perempuan berwefie dengan cikgu umi and cikgu sabariah

with bestie Aini Najiha

Nazreen, Aliff, SyafiqAizuddin, ShafiqSeth
macam budak-budak kalau berwefie . haha

sembang kari . watlekwatpeace .haha

no comment tgok gambar keanak-anakan nih . -..-

muka semua acah-acah poyo !

laff you so much . my geng since primary school . muahhciked

bosan tak tau nak buat ape . bergossip jer uolls

kurang pencahayaan . nmpk gelap !! btw happy sebab aini suapkan kek . nih time hari last kat kelas 3 amanah sebab lepas nih dah cuti akhir tahun and dah terpisah kelas . #jamuan kelas







Tuesday 11 November 2014

3 Amanah 2014 (SMKPS) - Best Friends Forever





Video Bersama Kawan-Kawan ku..tapi hanya segelintir sahaja gambar pelajar yang berada di dalam video ini...haha... sayang korang sangat-sangat..semoga persahabatan kita selama 3 tahun ini berkekalan hingga ke akhir hayat..tahun depan dah lain kelas and ada juga yang nak pergi pindah sekolah lain so tahun nih jer lah kita dapat bersama-sama satu kelas..tapi persahabatan takkan pernah putus..okeyh ! love you ! BEST FRIENDS FOREVER ! 1 AMANAH (2012) ---> 2 AMANAH (2013) ---> 3AMANAH (2014)

Saturday 1 February 2014

KERJAYA PEGUAM

Kerjaya Peguam


Pengenalan

Seseorang manusia yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya memerlukan seorang pembela atau wakil bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Seseorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaannya mereka. Anak guam biasanya mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya daripada peguam agar dia boleh memenangani kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman diringankan melalui proses rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. Peguam juga berperanan membantu hakim untuk menyelesaikan sesuatu kes berlandaskan kepada prinsip keadilan.

Maka itu, sewajarnya seseorang peguam itu mempunyai kelayakan yang membolehkannya dilantik menjadi seorang peguam untuk mewakili anak guamnya di dalam mahkamah. Seseorang peguam ditugaskan untuk membela anak guamnya di mana-mana mahkamah dalam kes yang mana mahkamah tersebut mempunyai bidang kuasa terhadap kes yang akan dibicarakan. Peguam Syarie akan beramal di Mahkamah Syariah manakala peguam sivil pula akan Mahkamah Syariah memandangkan pentadbiran Mahkamah Syariah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri di Malaysia.


     CIRI-CIRI PERIBADI YANG PERLU ADA PADA SEORANG PEGUAM

<!--[if !supportLists]-->2.1              <!--[endif]-->Berminat dengan profesion ini
<!--[if !supportLists]-->2.2              <!--[endif]-->Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
<!--[if !supportLists]-->2.3              <!--[endif]-->Memiliki kemahiran berkomunikasi
<!--[if !supportLists]-->2.4              <!--[endif]-->Berkebolehan menilai, meneliti dan berpandangan jauh
<!--[if !supportLists]-->2.5              <!--[endif]-->Suka membaca
<!--[if !supportLists]-->2.6              <!--[endif]-->Mengikuti perkembangan semasa
<!--[if !supportLists]-->2.7              <!--[endif]-->Berdisiplin dan berfikiran matang

<!--[if !supportLists]-->1.                  <!--[endif]-->SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN SEORANG PEGUAM

Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 9 bulan chambering sebelum diterima/melayakkan diri sebagai peguam. Syarat-syarat kelayakan bagi rakyat Malaysia untuk melayakkan diri dalam bidang kerjaya peguam adalah di bawah seksyen 10 dan 11 Akta dan tertakluk di bawah seksyen 14 Akta, iaitu "orang layak" dan boleh diterima menjadi seorang peguambela dan peguam cara di Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

<!--[if !supportLists]-->3.1     <!--[endif]-->Calon tersebut telah berumur 18 tahun pada tarikh permohonan
<!--[if !supportLists]-->3.2     <!--[endif]--> Mempunyai keperibadian yang baik
<!--[if !supportLists]-->3.3   <!--[endif]-->Sama ada warganegara atau seorang pemastautin tetap Malaysia
<!--[if !supportLists]-->3.4     <!--[endif]-->Berada di Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan dalam latihan untuk melayakkan diri.
<!--[if !supportLists]-->3.5     <!--[endif]-->Telah menjalani atau dikecualikan daripada Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dikendalikan oleh Lembaga.

Untuk melayakkan diri dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum diterima menjadi peguam (called to bar), calon tersebut mestilah membuat chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-kurangnya tujuh tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak diajar di universiti. Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act. Pengecualian menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan berdasarkan keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM. Bahasa Malaysia Qualifying Examination di bawah seksyen 5(f) dan 11(2). Peperiksaan ini mengandungi satu ujian lisan untuk menguji kemahiran dalam Bahasa Malaysia sebelum dibenarkan menyertai kerjaya ini.

 1.                  SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG GUAMAN

Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang iaitu :

<!--[if !supportLists]-->4.1              <!--[endif]-->SPM/SPMV
Lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti program tajaan JPA dan MARA di luar negara. Syarat yang diperlukan adalah lulus tidak kurang tiga kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik serta subjek sains dan teknikal.

<!--[if !supportLists]-->4.2              <!--[endif]-->STPM
Dengan menggunakan keputusan STPM iaitu sekurang-kurangnya tiga prinsipal C, para pelajar boleh meneruskan cita-cita mereka dalam bidang undang-undang peringkat ijazah di UM, UKM, UIAM dan UUM.

<!--[if !supportLists]-->4.3              <!--[endif]-->Matrikulasi
Lepasan SPM boleh mengikuti kursus matrikulasi selama satu tahun. Selepas itu, mereka boleh meneruskan pengajian undang-undang di peringkat ijazah pertama. Kursus ijazah ini mengambil masa empat tahun.

<!--[if !supportLists]-->4.4              <!--[endif]-->Universiti Teknologi Mara
Para pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus matrikulasi undang-undang dan kemudian mengikuti kursus Sarjana Muda Undang-undang. Bagi mereka yang memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang atau Perakaunan dari UiTM, mereka boleh memasuki UM untuk mengikuti Ijazah Pertama Undang-undang.

<!--[if !supportLists]-->4.5              <!--[endif]-->A Level
Bagi mereka yang memiliki A Level, mereka biasanya mengikuti kursus di luar negara seperti di United Kingdom, , Ireland, Australia dan New Zealand (STPM juga boleh digunakan) memakan masa empat tahun sementara di United Kingdom dan Ireland mengambil tiga tahun.

<!--[if !supportLists]-->4.6              <!--[endif]-->South Ausralian Matriculation
Kelayakan ini adalah untuk kemasukan ke Australia tetapi boleh digunakan untuk kemasukan ke United Kingdom dan New Zealand.

<!--[if !supportLists]-->4.7              <!--[endif]-->Sijil Amalan Guaman
Para graduan yang mengikuti kursus di United Kingdom dan Ireland dikehendaki menduduki Bar Course. Peluang ini diberikan kepada pelajar yang mendapat kelas dua atau kepujian. Bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan tersebut serta pelajar-pelajar yang lain, mereka bolehlah mengambil ujian untuk Sijil Amalan Guaman (Certificate of Legal Practice)di UM. Walau bagaimanapun, tanpa sijil ini mereka masih boleh diterima untuk menjawat pelbagai jawatan di bidang atau jurusan, lain seperti di badan-badan perundangan atau kehakiman kecuali peguam. Para graduan dari IPT di Singapura, New Zealand dan Australia dikecualikan daripada mengambil peperiksaan ini kerana mata pelajaran yang diikuti adalah berbeza dengan mata pelajaran yang diberi di Malaysia.


 1.                  UNIVERSITI YANG MENAWARKAN KURSUS GUAMAN

<!--[if !supportLists]-->5.1              <!--[endif]-->Malaysia
<!--[if !supportLists]-->i.        <!--[endif]-->Universiti Malaya, Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->ii.      <!--[endif]-->Qualifying Board CLP
<!--[if !supportLists]-->iii.    <!--[endif]-->Institut Teknologi MARA ADIL
<!--[if !supportLists]-->iv.    <!--[endif]-->Universiti Islam Antarabangsa, Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->v.      <!--[endif]-->Universiti Kebangsaan, Bachelor of Laws (LL.B)


<!--[if !supportLists]-->5.2              <!--[endif]-->Singapura
<!--[if !supportLists]-->i.        <!--[endif]-->University of Singapore Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->ii.      <!--[endif]-->National University of Singapore Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->iii.    <!--[endif]-->University of Malaya in Singapore Bachelor of Laws (LL.B)

<!--[if !supportLists]-->5.3              <!--[endif]-->United Kingdom
<!--[if !supportLists]-->i.        <!--[endif]-->The Inner Temple Barrister-at-Law
<!--[if !supportLists]-->ii.      <!--[endif]-->The Middle Temple Barrister-at-Law
<!--[if !supportLists]-->iii.    <!--[endif]-->Gray's Inn Barrister-at-Law
<!--[if !supportLists]-->iv.    <!--[endif]-->Lincoln's Inn Barrister-at-Law
<!--[if !supportLists]-->v.      <!--[endif]-->The Law Society Solicitor of the Supreme Court of Judicature England

<!--[if !supportLists]-->5.4              <!--[endif]-->Australia
<!--[if !supportLists]-->i.              <!--[endif]-->Australian National University Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->ii.            <!--[endif]-->University of Sydney Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->iii.          <!--[endif]-->University of Adelaide Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->iv.          <!--[endif]-->Monash University Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->v.            <!--[endif]-->University of Melbourne Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->vi.          <!--[endif]-->University of Western Australia Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->vii.        <!--[endif]-->Macquarie University Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->viii.      <!--[endif]-->University of New South Wales Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->ix.          <!--[endif]-->University of Queensland Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->x.            <!--[endif]-->University of Tasmania Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->xi.          <!--[endif]-->University of Technology, Sydney Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->xii.        <!--[endif]-->Bond UniversityQueensland Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->xiii.      <!--[endif]-->Murdoch University Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->xiv.      <!--[endif]-->Queensland University of Technology Bachelor of Laws (LL.B)

<!--[if !supportLists]-->5.5              <!--[endif]-->New Zealand
<!--[if !supportLists]-->i.        <!--[endif]-->University of Auckland Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->ii.      <!--[endif]-->University of Centerbury Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->iii.    <!--[endif]-->Victoria University of Wellington Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->iv.    <!--[endif]-->University of Otago Bachelor of Laws (LL.B)
<!--[if !supportLists]-->v.      <!--[endif]-->University of Waikato Bachelor of Laws (LL.B)

<!--[if !supportLists]-->5.6              <!--[endif]-->Ireland
<!--[if !supportLists]-->i.        <!--[endif]-->King's Inn, Dublin Barrister-at-Law

<!--[if !supportLists]-->1.                  <!--[endif]-->BIRO BANTUAN GUAMAN

<!--[if !supportLists]-->7.1              <!--[endif]-->Sejarah Penubuhan
Biro Bantuan Guaman telah ditubuhkan pada September,1970. Objektif utamanya ialah untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman mengenai isu undang-undang yang dihadapi oleh golongan miskin. Pengwujudan Biro Bantuan Guaman telah difikirkan sejak tahun 1954 lagi, tetapi langkah positif yang pertama telah diambil oleh kerajaan hanya dalam tahun 1960. Ini adalah hasil daripada sepucuk surat yang ditulis oleh seorang “Orthopedic Almoner” yang ditempatkan di Hospital Besar, Kuala Lumpur yang meminta supaya nasihat guaman percuma patut diberikan kepada pesakit-pesakit yang mendapat “residual disabilities” yang teruk yang mana bayaran pampasan boleh diberikan jika pesakit tersebut diwakili dari segi undang-undang.
Sementara itu beberapa pertubuhan wanita juga mendesak kerajaan supaya bertindak untuk membantu wanita dan anak-anak mereka dalam tuntutan nafkah terhadap suami mereka dan penjaga kanak-kanak. Pada masa itu, nasihat-nasihat dan bantuan guaman yang diberikan hanyalah meliputi kes-kes  berikut sahaja;
<!--[if !supportLists]-->                                      i.            <!--[endif]-->Kakitangan kerajaan dalam kes-kes pembicaraan yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka; (melalui Kaedah-kaedah Pegawai-Pegawai Awam (Perintah Am Bab ‘D’), 1969)
<!--[if !supportLists]-->                                    ii.            <!--[endif]-->Orang-orang miskin dalam ‘forma pauparis’ (melalui Kaedah-kaedah Mahkamah Agung, 1957); dan
<!--[if !supportLists]-->                                  iii.            <!--[endif]-->Orang-orang yang dituduh atas kesalahan jenayah melibatkan hukum bunuh (melalui Kanun Acara Jenayah).
Pada bulan Oktober , 1969, perkara ini telah dirujukkan kepada Peguam Negara dan beliau menyokong  saranan ini. Kemudiannya perkara ini dirujukkan ke Kementerian Keadilan yang selanjutnya meminta nasihat Majlis Peguam.  Badan ini juga menyokongnya. Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji perkara ini dan berikutnya satu rancangan ‘pilot’ telah dilancarkan pada bulan September, 1970, memberi bantuan guaman dari segi nasihat sahaja. Sejumlah RM100,000.00 diperuntukan  bagi tujuan tersebut. Oleh hal demikian dan disebabkan jumlah tabungan terhad difikirkan perlu untuk menghadkan bidangkuasanya kepada prosiding-prosiding tertentu sahaja. Keutamaan diberikan kepada kes-kes kekeluargaan kerana ia merupakan kes yang terbesar yang memerlukan bantuan yang segera seperti kes-kes tuntutan nafkah, penguatkuasaan perintah nafkah dan  sebagainya.
Pada mulanya Biro diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara dan dengan tertubuhnya Kementerian Undang-undang pada tahun 1985, ianya diletakkan di bawah Kementerian tersebut sehingga Mei 1995 bilamana Kementerian Undang-Undang dimansuhkan dan kini di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri. Pada awal penubuhannya pada tahun 1970, perkhidmatan yang diberi hanyalah terhad kepada perkara-perkara berhubung prosiding sivil iaitu prosiding berhubung nafkah, jagaan,perceraian dan harta sepencarian di Mahkamah Syariah dan di mana, mana-mana orang atau peguam diberi kuasa untuk berguam, selain daripada bidangkuasa sivil yang lain.
Bagaimanapun pindaan jadual telah dibuat pada tahun 1973 memasukkan bidangkuasa jenayah di mana bantuan guaman boleh diberi dalam semua kes di mana orang yang kena tuduh mengaku bersalah kepada tuduhan dan mohon rayuan untuk diringankan hukuman. Pada tahun 1982, perwakilan undang-undang telah diperluaskan kepada perkara-perkara berkaitan prosiding jenayah di bawah Ordinan Kanak-kanak dan Orang Muda, 1947 (kini diganti oleh Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991) dan prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan Kecil, 1955.
Pindaan selanjutnya pada peruntukan Akta dibuat pada tahun 1984, di mana antara lain had kelayakan seseorang pemohon telah dinaikkan supaya lebih ramai lagi pemohon layak mendapat bantuan guaman diikuti dengan pindaan terakhir pada 1995 di mana antara lain melibatkan pindaan yang agak besar berhubung had kelayakan pemohon. Dengan demikian, Biro dapat mempertingkatkan akses kepada keadilan yang diperlukan oleh rakyat.

<!--[if !supportLists]-->7.2              <!--[endif]-->Latar Belakang
Biro Bantuan Guaman (BBG) telah ditubuhkan pada bulan September 1970 dengan objektif utamanya untuk memberi bantuan guaman dan khidmat nasihat kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berhak kepada bantuan guaman di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26). Ketika itu, BBG diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.
Pada tahun 1985, dengan tertubuhnya Kementerian Undang-Undang, BBG telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Undang-Undang sehingga bulan Mei 1995 apabila Kementerian tersebut dibubarkan. Kini, BBG diletakkan di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Bidang Kuasa BBG sejak penubuhannya hanya berkaitan kes-kes sivil dan kes-kes mal di mahkamah syariah iaitu antara lain prosiding tentang nafkah, jagaan, penceraian dan harta sepencarian.
Pada tahun 1973, suatu pindaan telah dibuat kepada Jadual dalam Akta 26 dengan memasukkan bidang kuasa jenayah yang membolehkan bantuan guaman layak diberi dalam kes jika orang yang dituduh mengaku bersalah kepada pertuduhan dan memohon meringankan hukuman. Seterusnya pada tahun 1982, perwakilan undang-undang telah diperluaskan kepada perkara berkaitan prosiding jenayah di bawah Ordinan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1947 (kini diganti dengan Akta Kanak-Kanak 2001) dan prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Pindaan selanjutnya pada Akta 26 dibuat pada tahun 1984 di mana had kelayakan seseorang pemohon dinaikkan supaya lebih ramai lagi orang awam layak mendapat bantuan guaman. Pindaan terakhir pada tahun 2003, membabitkan suatu pindaan besar melibatkan peluasan bidang kuasa jenayah, had kelayakan, khidmat pengantaraan dan juga gelaran jawatan. Dengan pindaan itu, BBG dapat mempertingkatkan akses kepada keadilan yang diperlukan oleh rakyat.

<!--[if !supportLists]-->7.3              <!--[endif]-->Visi

Untuk Menjadi Sebuah Agensi Ulung Yang Menyumbang Kepada Sistem Pentadbiran Keadilan Negara.



<!--[if !supportLists]-->7.4              <!--[endif]-->Misi
Memberi perkhidmatan bantuan dan nasihat guaman serta khidmat perantaraan dan kesedaran Undang-Undang kepada masyarakat terutamanya kepada mereka yang kurang berkemampuan.

<!--[if !supportLists]-->7.5              <!--[endif]-->Objektif
Memberi perkhidmatan bantuan dan nasihat guaman serta khidmat perantaraan dan kesedaran Undang-Undang kepada mereka yang berkelayakan dengan cekap, tepat dan berkesan.

<!--[if !supportLists]-->7.6              <!--[endif]-->Fungsi
<!--[if !supportLists]-->a.             <!--[endif]-->Memberi nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang;
<!--[if !supportLists]-->b.            <!--[endif]-->Mewakili atau memberi bantuan guaman dalam semua perkara yang termasuk dalam bidangkuasa Biro Bantuan Guaman sebagaimana dan jadual ketiga (Bidangkuasa Sivil) Biro bantuan Guaman, 1971 di peringkat penyelesaian di luar mahkamah atau di peringkat perbicaraan di mahkamah;
<!--[if !supportLists]-->c.             <!--[endif]-->Memberi khidmat pengantaraan bagi penyelesaian kes diperingkat luar mahkamah atau diperingkat perbicaraan mahkamah;
<!--[if !supportLists]-->d.            <!--[endif]-->Memberi penerangan dan kesedaran Undang-Undang kepada masyarakat yang berada di bawah bidang kuasa Biro Bantuan Guaman dan Undang-Undang yang berkaitan.





<!--[if !supportLists]-->7.7              <!--[endif]-->Piagam Pelanggan
Kami berjanji:
<!--[if !supportLists]-->1.            <!--[endif]-->Memastikan semua urusan di kaunter diberi layanan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit;
<!--[if !supportLists]-->2.            <!--[endif]-->Memastikan pemfailan kes-kes ke mahkamah dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas penyediaan dokumen-dokumen yang lengkap;
<!--[if !supportLists]-->3.            <!--[endif]-->Memastikan perintah/penghakiman dimaklumkan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan mahkamah;
<!--[if !supportLists]-->4.            <!--[endif]-->Memastikan nasihat Undang-Undang diberi dengan cepat, tepat dan berkesan mengikut jenis kes yang diterima;
<!--[if !supportLists]-->5.            <!--[endif]-->Memastikan khidmat mediasi diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh dimulakan;
<!--[if !supportLists]-->6.            <!--[endif]-->Memberi kesedaran Undang-Undang di peringkat asas kepada Rakyat.

<!--[if !supportLists]-->7.8              <!--[endif]-->Senarai Unit
Senarai unit ini ialah senarai unit-unit yang berada di bawah pentadbiran biro bantuan guaman. Antaranya ialah :-
<!--[if !supportLists]-->7.8.1        <!--[endif]-->Unit Sivil
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Berguam di seluruh mahkamah di peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan;
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Memberi khidmat bantuan guaman dalam Prosiding Sivil mengikut Jadual ketiga Akta Bantuan Guaman 1971;
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Memberi khidmat bantuan guaman dalam Prosiding Jenayah mengikut Jadual Kedua Akta Bantuan Guaman 1971;
<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Pemantauan Statistik di semua cawangan Biro Bantuan Guaman; dan
<!--[if !supportLists]-->e.       <!--[endif]-->Memberi khidmat nasihat guaman dalam segala perkara di bawah Jadual Keempat.
<!--[if !supportLists]-->7.8.2        <!--[endif]-->Unit Syariah
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Berguam di seluruh mahkamah di peringkat Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah;
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Memberi khidmat bantuan guaman dalam prosiding sivil mengikut Jadual Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971; dan
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Memberi khidmat nasihat Guaman Syariah dalam segala perkara di bawah Jadual Keempat.
<!--[if !supportLists]-->7.8.3        <!--[endif]-->Unit Pengantaraan / Mediasi
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Menjadi pengantaraan bagi penyelesaian kes-kes sebelum dibawa ke mahkamah;
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Memastikan proses pengantaraan dijalankan dalam tempoh 30 hari selepas ditetapkan bagi sidang pengantaraan; dan
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Memastikan pihak-pihak bersetuju untuk melalui sidang pengantaraan dalam tempoh 14 hari.
<!--[if !supportLists]-->7.8.4        <!--[endif]-->Unit Penyelidikan
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Menjadi pakar rujuk bagi segala perundangan bagi Sivil dan Syariah;
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Mengubal Undang-Undang baru dan membuat dasar Biro Bantuan Guaman; dan
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Baitulmal, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pusat Bantuan Guaman dan National Legal Aid Committee.

<!--[if !supportLists]-->7.8.5        <!--[endif]-->Unit Peguam Panel
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Mengurus perlantikan peguam swasta sebagai Peguam Panel;
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Permohonan untuk penyerahan kes kepada Peguam Panel;
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Permohonan Pengecualian;
<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Pemantauan Kes; dan
<!--[if !supportLists]-->e.       <!--[endif]-->Pembayaran fi Peguam Panel
7.8.6    Unit Penyelidikan
<!--[if !supportLists]-->a)      <!--[endif]-->Memberi nasihat berhubung dengan masalah-masalah perundangan yang dikemukakan kepada Biro Bantuan Guaman oleh Ketua Pengarah, Ketua Cawangan Negeri, agensi pekerjaan,badan bukan kerajaan dan orang awam;
<!--[if !supportLists]-->b)     <!--[endif]-->Menyedia, menggubal dan menyemak rang undang-undang dan perundangan subsidiary yang diperlukan oleh Biro Bantuan Guaman untuk dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara;
<!--[if !supportLists]-->c)      <!--[endif]-->Menyemak draf perjanjian atau kontrak dengan agensi bukan kerajaan;
<!--[if !supportLists]-->d)     <!--[endif]-->Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan Biro Bantuan Guaman dalam projek jangka masa panjang dan pendek; dan
<!--[if !supportLists]-->e)      <!--[endif]-->Mengumpul maklumat, data dan segala bahan perundangan dengan tujuan untuk menjadi bahan sumber bagi Biro Bantuan Guaman.
<!--[if !supportLists]-->7.8.7        <!--[endif]-->Unit Pengantaraan
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Bertindak mengikut kaedah-kaedah pengantaraan (mediasi);
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Membuat penyediaan dalam menjalankan pengantaraan (mediasi) setelah sesuatu kes didaftarkan;
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian persetujuan untuk pengantaraan;
<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Mengadakan sesi pengantaraan dalam tempoh tiga puluh hari (30) hari dari tarikh perjanjian persetujuan untuk pengantaraan ditandatangani
<!--[if !supportLists]-->e.       <!--[endif]-->Menyediakan perjanjian penyelesaian selepas penyelesaian dicapai oleh pihak-pihak dalam sesi pengantaraan.
<!--[if !supportLists]-->f.       <!--[endif]-->Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian penyelesaian.
<!--[if !supportLists]-->g.      <!--[endif]-->Menyerahkan fail kes yang telah melalui proses mediasi kepada unit ligitasi untuk merakamkan penghakiman persetujuan di mahkamah dan
<!--[if !supportLists]-->h.      <!--[endif]-->Memberi khidmat nasihat dalam perkara-perkara di luar Jadual Ketiga, Akta Bantuan Guaman, 1971.
<!--[if !supportLists]-->7.8.8        <!--[endif]-->Unit Pengurusan Maklumat
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Mengawal selia dan menyelaras Case Management System Biro Bantuan Guaman (CMS BBG);
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Membuat kajian sistem (system requirement study) terhadap keperluan baru selaras dengan pindaan akta dan keperluan jabatan.
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Memproses permohonan dan menyediakan kertas kerja keperluan peralatan ICT di Ibupejabat, negeri dan cawangan Biro Bantuan Guaman untuk dikemukakan kepada Bahagian Hal Elwal Undang-Undang;
<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Menyediakan khidmat sokongan ternikal yang diperlukan jabatan (eSPKB, E-Perolehan), negeri dan cawangan Biro Bantuan Guaman;
<!--[if !supportLists]-->e.       <!--[endif]-->Memastikan sistem aplikasi Biro Bantuan Guaman mempunyai ciri-ciri keselamatan dan data ditadbir dengan baik;
<!--[if !supportLists]-->f.       <!--[endif]-->Menyelaras dan melaksanakan sistem link di antara sistem e-syariah (JKSM) dan Case Management System (BBG);
<!--[if !supportLists]-->g.      <!--[endif]-->Memastikan dan mengujilari Local Area Network (LAN) dan memastikan pengoperasian server berjalan lancar;
<!--[if !supportLists]-->h.      <!--[endif]-->Menyelia dan menguruskan portal Biro Bantuan Guaman;
<!--[if !supportLists]-->i.        <!--[endif]-->Jawatankuasa Penilaian Teknikal Perolehan Perkakasan dan Perisisan ICT;
<!--[if !supportLists]-->j.        <!--[endif]-->Jawatankuasa pasukan ICT Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan jabatan di bawahnya.
<!--[if !supportLists]-->7.8.9        <!--[endif]-->Unit Pentadbiran
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Urusan Sumber Manusia
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Mengurus dan menyediakan tenaga keperluan perjawatan yang mencukupi;
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Mengurus pengisian jawatan secara berterusan mengikut peraturan-peraturan yang berkaitan;
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Mengurus urusan perkhidmatan personel;
<!--[if !supportLists]-->4.      <!--[endif]-->Menyediakan dan melaksana program kursus yang sesuai untuk kemajuan personel;
<!--[if !supportLists]-->5.      <!--[endif]-->Melaksanakan urusan-urusan kemajuan kerjaya personel dalam perlaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK);
<!--[if !supportLists]-->6.      <!--[endif]-->Kawalan tatatertib;
<!--[if !supportLists]-->7.      <!--[endif]-->Mengurus urusan Sistem Pengurusan Personel (SISPEN) dan mengemukakannya kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dua (2) kali setahun;
<!--[if !supportLists]-->8.      <!--[endif]-->Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Keutuhan Pegurusan (JKP) Biro Bantuan Guaman;
<!--[if !supportLists]-->9.      <!--[endif]-->Menjadi urus setia kepada Urusan Pengisytiharan Harta Biro Bantuan Guaman; dan
<!--[if !supportLists]-->10.  <!--[endif]-->Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Sumber Manusia untuk Biro Bantuan Guaman.
b.   Urusan Kewangan
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Mengurus Anggaran Belanjawan Tahunan Biro Bantuan Guaman;
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Mengagihkan peruntukan yang telah diluluskan dengan teratur kepada cawangan-cawangan Biro Bantuan Guaman;
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Membelanjakan peruntukan yang diagihkan mengikut perancangan;
<!--[if !supportLists]-->4.      <!--[endif]-->Menguruskan pembayaran emolumen dan bayaran bil-bil tuntutan;
<!--[if !supportLists]-->5.      <!--[endif]-->Menyelenggara dan mengemaskini rekod kewangan, akaun amanah dan hasil mengikut peraturan sedia ada;
<!--[if !supportLists]-->6.      <!--[endif]-->Memproses permohonan pembiayaan kenderaan, komputer, pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai;
<!--[if !supportLists]-->7.      <!--[endif]-->Menguruskan perolehan; dan
<!--[if !supportLists]-->8.      <!--[endif]-->Mengendalikan urusan Panjar Wang Runcit Jabatan.
c.    Urusan Khidmat Pengurusan
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Menguruskan keselamatan dan kebersihan pejabat dengan memuaskan dan teratur;
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Menguruskan kawalan pengurusan aset pejabat termasuk penyelenggaraan dan pelupusan;
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Melaksanakan pengurusan stor di Biro Bantuan Guaman; dan
<!--[if !supportLists]-->4.      <!--[endif]-->Mengurus dan menyelia perjalanan kad perakam waktu, pas Jabatan, termasuk di cawangan Biro Bantuan Guaman;.
<!--[if !supportLists]-->7.9      <!--[endif]-->Perkhidmatan Yang Disediakan

Biro Bantuan Guaman ialah satu badan kerajaan yang memberi bantuan perundangan dari segi nasihat dan juga bantuan guaman dalam perkara berkaitan dengan undang-undang kepada mereka yang kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melantik peguam swasta bagi mewakili mereka di Mahkamah.
Bidangkuasa :-
<!--[if !supportLists]-->1.      <!--[endif]-->Kes-kes kekeluargaan syariah
<!--[if !supportLists]-->2.      <!--[endif]-->Kes-kes kekeluargaan sivil
<!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Kes-kes sivil
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Pampasan pekerja
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Penanaman padi
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Harta pesaka kecil
<!--[if !supportLists]-->d.      <!--[endif]-->Tuntutan kemalangan jalanraya
<!--[if !supportLists]-->e.       <!--[endif]-->Pinjaman wang
<!--[if !supportLists]-->f.       <!--[endif]-->Sewa beli
<!--[if !supportLists]-->g.      <!--[endif]-->Sewa menyewa
<!--[if !supportLists]-->h.      <!--[endif]-->Permohonan probet dan surat mentadbir pusaka
<!--[if !supportLists]-->i.        <!--[endif]-->Pengambilan anak angkat
<!--[if !supportLists]-->j.        <!--[endif]-->Tuntutan pengguna
<!--[if !supportLists]-->4.      <!--[endif]-->Kes-kes jenayah
<!--[if !supportLists]-->a.       <!--[endif]-->Pengakuan salah jenayah
<!--[if !supportLists]-->b.      <!--[endif]-->Jenayah kanak-kanak
<!--[if !supportLists]-->c.       <!--[endif]-->Kesalahan kecil jenayah
<!--[if !supportLists]-->5.      <!--[endif]-->Nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang.

 Kelayakan Mendapat Bantuan Guaman Daripada Biro Bantuan Guaman
Terdapat dua kategori orang yang layak mendapat bantuan guaman.
<!--[if !supportLists]-->                                                  i.            <!--[endif]-->Kategori pertama - Bantuan Guaman Percuma
Pemohon memiliki sumber kewangan yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit setahun.
<!--[if !supportLists]-->                                                ii.            <!--[endif]-->Kategori kedua – Bantuan Guaman dengan sumbangan
Pemohon memiliki sumber kewangan yang melebihi dua puluh lima ribu ringgit setahun tetapi tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit setahun.
Sekiranya pemohon layak diberi bantuan guaman di bawah kategori ini, pemohon dikehendaki membayar sejumlah RM300.00 sebagai sumbangan kepada Ketua Pengarah Biro Bantuan Guaman.
<!--[if !supportLists]-->                                              iii.            <!--[endif]-->Pengecualian khas
Sekiranya seseorang itu tidak layak untuk medapat bantuan guaman sama ada di bawah kategori pertama mahupun kategori kedua, dia boleh memohon pengecualian khas untuk mendapatkan bantuan guaman dengan kelulusan khas Y.B Menteri. Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah BBG.




GAJI PERMULAAN PEGUAM

Bagi seorang peguam yang memulakan kerjayanya dengan gred L41 dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang gaji mereka sebanyak RM2,100.00.


Peguam ialah satu profesion yang sangat menarik dan mempunyai masa depan yang cerah. Profesion ini walaupun kadang-kala nampak agak sukar namun jika kita betul-betul memahami dan berminat untuk mendalaminya ia tidaklah sesukar mana. Ia juga mempunyai pelbagai cabang dan boleh dipilih mengikut minat dan kemampuan seseorang. Bidang guaman ini juga mampu menjadikan seseorang lebih berbertanggungjawab dan amanah pada tugas yang diberikan.

Sesungguhnya bidang ini memberikan banyak cabara kepada pengamalnya dan jika tidak tahan dengan ujian kemungkinan seseorang peguam itu boleh melakukan sesuatu yang menyalahi etika dan peraturan seorang peguam. Kadang inilah yang kadang-kala menyebabkan timbul kes-kes di mana peguam pecah amanah, menerima rasuah dan sebagainya. Oleh itu, jika ingin menjadi peguam seseorang itu perlu mempersiapkan dirinya sama ada dari segi rohani, jasmani mahupun intelek agar dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika.